Pegawai Hal Ehwal Islam: Peperiksaan 12/4/2011

April 5, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Peperiksaan 

Panggilan untuk menduduki peperiksaan bertulis Pegawai hal Ehwal Islam sudah diumumkan untuk tahun 2011 ini iaitu pada 12 April 2011. Anda boleh terus buat semakan melalui laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui link ini;

KLIK DISNI UNTUK SEMAKAN

Formatnya lebih kurang jawatan gred 41 yang lain cuma ditambah dengan pemahaman esei Bahasa Arab yang seharusnya tidak menjadi masalah pada semua graduan yang layan memohon jawatan ini. Secara umumnya antara seksyen yang mencabar ialah pengetahuan am yang menguji pengetahuan dan kepekaan calon terhadap isu semasa dan persekitaran. Kemudian yang berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang mencakupi soalan-soalan matematik, penyelesaian masalah dan soalan yang seakan-akan latihan ‘IQ Test’

Semua untuk untuk menapis dan mendapatkan pegawai yang benar-benar layak menjawat jawatan ini. Persaingan tinggi jadi sistem peperiksaan ini boleh diibaratkan sebagai sistem penapisan ‘calon kebanyakan’ =)

Assessment Center untuk Pegawai Hal Ehwal Islam S41

February 22, 2011 by · 1 Comment
Filed under: Pusat Penilaian Jakim (PPJ) 

Di bawah kaedah pengambilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu ‘Sistem Profiling’ kebanyakan jawatan skim gred 41 harus melalui peperiksaan bertulis dan penapisan ‘assessment center’ sebelum ditemuduga oleh panel SPA termasuk Pegawai Hal Ehwal Islam

Program Assessment Centre merupakan satu kaedah penapisan calon untuk menentukan kesesuaian calon dari segi perilaku, penampilan, keyakinan diri, kerja berpasukan, kepemimpinan, dan komunikasi. Sehingga tahun 2008, sebanyak dua skim jawatan telah mensyaratkan calon menghadiri program tersebut sebelum mereka layak untuk dipanggil ke peringkat temu duga iaitu bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 dan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41. Tetapi untuk tahun 2010 dan 2011 lebih kurang 14 jawatan harus melalui Assessment Center. Bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pusat penilaiannya dikenali sebagai PTD Assessment Centre (PAC) manakala jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 dikenali sebagai Pusat Penilaian JAKIM (PPJ) dan untuk jawatan lain ianya dikenali dengan Program Assessment Center (PAC)

Aktiviti PAC dan PPJ hampir sama kerana aspek penilaian adalah sama. Cuma ditambah dengan aktiviti pengucapan bahasa Arab dan ujian bacaan al-Quran dan kebiasaannya mengambil masa 2 hari untuk PPJ bagi pegawai hal ehwal islam (2W54U7N2B3WY)

Syarat Kelayakan Pegawai Hal Ehwal Islam

February 18, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Pegawai Hal Ehwal Islam 

Untuk menyandang jawatan pegawai Hal Ehwal islam S41 ini, calon yang memohon melalui SPA haruslah mempunyai latarbelakang kelulusan agama Islam dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Secara spesifiknya syaratnya adalah seperti berikut;

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S3: P1T3 RM1869.79]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk semakan pengiktirafan anda boleh buat semakan melalui sistem eSISRAF JPA melalui link ini. Masukkan dulu negara diikuti dengan Universiti anda. Kemudian akan keluar bidang dalam rekod pengiktirafan. Pastikan kelulusan anda dalam pengiktirafan jika tidak borang SPA8i untuk pegawai hal ehwal Islam anda tidak diluluskan

Pegawai Hal Ehwal Islam

February 9, 2011 by · 2 Comments
Filed under: Pegawai Hal Ehwal Islam 

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam, S41 termasuk dalam jawatan Perkhidmatan Awam di bawah naungan Suruhanjaya perkhidmatan awam. Kebanyakannya ditugaskan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan juga Pentadbiran negeri.

Tugasan utama Pegawai Hal Ehwal Islam ialah mereka bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan persediaan untuk Mufti dalam usaha mengeluarkan fatwa dan panduan untuk manfaat umat Islam di Malaysia. Mereka juga bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Syariah negeri yang merupakan majlis perbincangan Mufti dengan ahli majlis fatwa negeri.

Perjawatan S41 Pegawai Hal Ehwal Islam ini diambil melalui tapisan oleh pihak SPA yang dimulakan dengan ujian bertulis yang biasanya diadakan setiap tahun diikuti dengan penilaian di Assessment Center dan diakhiri dengan sesi temuduga untuk perlantikan. Jadi pengambilannya boleh dikatakan agak ketat dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam ini atas dasar tugasan yang berat.