Syarat Kelayakan Pegawai Hal Ehwal Islam
Untuk menyandang jawatan pegawai Hal Ehwal islam S41 ini, calon yang memohon melalui SPA haruslah mempunyai latarbelakang kelulusan agama Islam dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Secara spesifiknya syaratnya adalah seperti berikut;
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S3: P1T3 RM1869.79]; dan
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Untuk semakan pengiktirafan anda boleh buat semakan melalui sistem eSISRAF JPA melalui link ini. Masukkan dulu negara diikuti dengan Universiti anda. Kemudian akan keluar bidang dalam rekod pengiktirafan. Pastikan kelulusan anda dalam pengiktirafan jika tidak borang SPA8i untuk pegawai hal ehwal Islam anda tidak diluluskan
Pegawai Hal Ehwal Islam
Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam, S41 termasuk dalam jawatan Perkhidmatan Awam di bawah naungan Suruhanjaya perkhidmatan awam. Kebanyakannya ditugaskan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan juga Pentadbiran negeri.
Tugasan utama Pegawai Hal Ehwal Islam ialah mereka bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan persediaan untuk Mufti dalam usaha mengeluarkan fatwa dan panduan untuk manfaat umat Islam di Malaysia. Mereka juga bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Syariah negeri yang merupakan majlis perbincangan Mufti dengan ahli majlis fatwa negeri.
Perjawatan S41 Pegawai Hal Ehwal Islam ini diambil melalui tapisan oleh pihak SPA yang dimulakan dengan ujian bertulis yang biasanya diadakan setiap tahun diikuti dengan penilaian di Assessment Center dan diakhiri dengan sesi temuduga untuk perlantikan. Jadi pengambilannya boleh dikatakan agak ketat dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam ini atas dasar tugasan yang berat.

