Pegawai Hal Ehwal Islam
Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam, S41 termasuk dalam jawatan Perkhidmatan Awam di bawah naungan Suruhanjaya perkhidmatan awam. Kebanyakannya ditugaskan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan juga Pentadbiran negeri.
Tugasan utama Pegawai Hal Ehwal Islam ialah mereka bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan persediaan untuk Mufti dalam usaha mengeluarkan fatwa dan panduan untuk manfaat umat Islam di Malaysia. Mereka juga bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Syariah negeri yang merupakan majlis perbincangan Mufti dengan ahli majlis fatwa negeri.
Perjawatan S41 Pegawai Hal Ehwal Islam ini diambil melalui tapisan oleh pihak SPA yang dimulakan dengan ujian bertulis yang biasanya diadakan setiap tahun diikuti dengan penilaian di Assessment Center dan diakhiri dengan sesi temuduga untuk perlantikan. Jadi pengambilannya boleh dikatakan agak ketat dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam ini atas dasar tugasan yang berat.
Comments
2 Comments on Pegawai Hal Ehwal Islam
-
aswad on
Sat, 26th Mar 2011 12:16 pm
-
Admin on
Tue, 5th Apr 2011 3:03 am
Boleh terangkan tugasan harian sebagai pegawai hal ehwal islam?
syukran
sebenarnya ianya berbeza antara ambila SPA melalui ujian bertulis dengan ambilan melaui badan seperti universiti. Untuk ambilan SPA, boleh rujuk tugasan melalui link ini;
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah1/PegawaiHalEhwalIslam
Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

